Thursday, November 19, 2009

Gambar 1983: (Dari kiri) Haris, Abu Husin (Salleh), Mansor, Zainal Abidin dan wakil Akuarium Negara
Jamuan perpisahan untuk En. Haris dan En. Thomas
Majlis diadakan di Auditorium PPPAT tanpa kedua-dua VIP (kecewa betul warga PPPAT!). Haris dan Thomas telah dapat pindah balik ke PPN Melaka, iaitu pusat lama PPPAT. "H-A-P-P-Y" betul kedua-dua ni! Jangan lupa kawan-kawan lama ya dan PPPAT atau FRI Glami Lemi atau "Shangri-La Malaysia", tempat yang paling cantik dengan udaranya yang segar!

Pada tahun 1982, Haris berkhidmat dengan SPIAT (Stesen Penyelidikan Ikan Air Tawar - sedapnya bunyi sebutan nama SPIAT!), MARDI, Melaka, di bawah projek ikan hiasan (stafnya, Chuah, Mansor, Zainal Abidin serta Haris). Pada masa itu, hampir semua jenis ikan hiasan di SPIAT makan Moina dan larva Chironomid (eh, ni cacing merah) yang dihasilkan dari 4-6 kolam J (0.01 ekar saiznya) dengan 15 kg hempas kacang soya setiap kolam. Makanan rumusan pelet pula dibuat projek pemakanan oleh Dr. Pathmasothy (masa tu belum kena Permanent Head Damage - Ph.D.). Jarang atau tak pernah kami beli pelet. Betul tak, Atok (Mansor)? Haris dan Zainal (kini seorang DSP!!!) ni pakar makanan hidup!
Pada tahun 1984, semasa SPIAT diambilalih oleh Jabatan Perikanan, projek ikan hiasan telah ditamatkan dan ahli projek ditugaskan dengan projek Ikan Tilapia. Pada masa itu, sebuah kolam G (suku ekar) dapat menghasilkan sebanyak 200,000 anak Ikan Tilapia dalam satu pusingan 3 bulan.


Ikan Tilapia Merah yang "handsome" ini adalah hasil daripada pemilihan genetik terhadap baka Siam (Thai) yang diperoleh dari NIFI, Thailand. Dr. Pathmasothy menjalankan kajian ternakan Ikan Tilapia Merah dan beliau yang mengambil gambar ini. (Thanks, doc!)

Ikan Siakap di air tawar? Ya. Ini pemangsa anak Ikan Tilapia dan dimasukkan ke dalam kolam Ikan Tilapia untuk mengawal populasinya. Inilah dia! Besar! Tak tahu berapa ekor anak ikan ia telah telan! Haris, berhati-hati! Tajam gigi dan operkulumnya!
Dan apa acara ini? Merentas desa di kompleks kolam PPPAT, Batu Berendam. Cuba cam peserta yang dapat tempat 1 - 4 (dari belakang)! Haris, Hj. Ibrahim, CC Baharudin serta Hj. Jamaludin! Memang muda dan "slim" pada masa itu (tengoklah sendiri tarikh gambar ini)!

1 comment: